Singgah Kedai Mee Bandung Muar.
16 January 2011
Mat Mesai Open Table
Makan lagi
Value: Restoran Mohd Chah Abdullah
Date: 14 Jan 2011
Kali ni makan lagi.. Thank buat Mat Mesai.... Sudi Belanja Makan2..... Harap murahlah rezeki ko.
11 January 2011
Family Day With My Family
Family Day at Hot Spring Sg. Kelah, Perak
Date: 24/12/2010
2hari 1mln aku kat sg.kelah.
2hari 1mln aku kat sg.kelah.
Semua kos abang ipar aku yang sponser.. Aku just kuar duit minyak n toll jer.. hehehe.. Semata2 nk joint family day ni aku apply cuti 1hari... pepe pun pentingkan family dari keje kn?
Time ni kat R&R, singgah makan n minum n buang apa yang patut....hahaha
(hari pertama)
(hari pertama)
(hari kedua)
Thank Belanja Makan
Makan2 By Group
Isma, Anas, Din And Amir
(atas confirm sebagai pekerja tetap)
(atas confirm sebagai pekerja tetap)
Thank byk2 utk korg.. Walaupun aku x dpt makan byk masakan seafood td (atas alasan xnk mkn jer.. hahaha) tp x pe... dah selera dgn makan ikan siakap masak stim... hehehe...
Nilah org kata.... Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing... hehehe... Kalau hari2 macam ni kan best.. Dua minggu dah gemuk aku.. hahaha
13 November 2010
Kemalangan Ngeri Kancil Aku.
KEMALANGAN NGERI YANG MELIBATKAN AYAH AKU.
Kejadian tu berlaku pada 11/11/10...... Masa tu ayah aku baru balik dari kerja. Mengikut cerita dari ayah aku, tiba2 motor dari sebelah kiri buat pusingan U. Time tu ayah aku tengah pandu laju(laju pun x laju gak la dalam 80km/j). Disebabkab benda ni berlaku dalam sekelip mata ayah aku x sempat buat pepe... Terpaksa repuh jer motor tu...
Padahnya nyawa penunggang motor tu meninggal ditempat kejadian, Kereta kancil ayah aku hancur(total lost).... Pepe pun Alhamdulillah ayah aku tidak mengalami pepe kecederaan.. cuma kawan satu kerja ayah aku yang cedera ringan....


For more detail pasal cerita ni:
(copyright from: sinar kelantan)
Padah Pusingan U
TUMPAT - Seorang warga emas yang menunggang motosikal roda tiga maut dirempuh sebuah kereta ketika membuat pusingan U di Kilometer 9 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di kampung Bendang Luas, lewat petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Senik Mohamed, 70, dari Kampung Kebakat yang cedera parah di kepala serta hancur kaki kanan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, akibat rempuhan kereta kancil yang dalam perjalanan dari arah Wakaf Bharu, mangsa melambung dan motosikalnya putus dua manakala kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki bersama penumpang terbabas jatuh ke dalam longkang di jalan bertentangan.
Pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tumpat.
Saksi kejadian, Saiful Adli Ismail, 30, berkata ketika kejadian dia berada kira-kira 10 meter dari tempat kemalangan mendakwa melihat mangsa seperti mahu membuat pusingan U kerana kerap berpaling ke arah belakang.
“Perlahan saja pakcik itu menunggang motosikal roda tiganya menghala ke Chabang Empat. Saya lihat seperti dia mahu melintas jalan kerana kerap berpaling ke belakang walau pun berada di laluan motosikal,” katanya.
Menurutnya, ketika pakcik itu cuba membelok ke sebelah kanan jalan, datang sebuah kereta kancil yang dipandu laju dari arah yang sama lalu melanggarnya.
“Kereta itu sempat brek tetapi mungkin kerana terlalu dekat sangat sehingga dilanggarnya motosikal roda tiga pakcik tersebut,” katanya yang turut terdengar dentuman yang kuat akibat rempuhan kereta itu walau pun ketika itu dia berada kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Menurutnya, dia juga turut melihat bagaimana warga emas itu melambung dan jatuh di atas jalan manakala kereta tersebut terbabas dan masuk longkang di tepi jalan.
“Saya terus berlari ke tempat kejadian untuk menyelamatkan pakcik itu, namun dia sudah meninggal dunia. Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan serius dan keluar sendiri melalui cermin hadapan sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans selepas dihubungi orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut.
27 September 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)







